STUDY MISSION : TRIZ Conference 2013, Paris France
Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menganjurkan Program "International TRIZ Study Mission" yang akan dilangsungkan seperti maklumat berikut:
Program : International TRIZ Study Mission - TRIZ Conference 2013
Tarikh : 28 Oktober - 2 November 2013
Tempat : Paris, France
Objektif program ini di adakan adalah bertujuan;
1. Menyebarkan maklumat kepada masyarakat industri di Malaysia terutama mengenai kaedah TRIZ serta dapat membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing organisasi dan negara.
2. Mengaplikasikan amalan terbaik dan pembelajaran yang diperolehi dari negara Russia di dalam latihan dan perundingan dan sekaligus dapat diguna pakai di dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti TRIZ di Malaysia.
3. Perlaksanaan kolaberasi dengan organisasi-organisasi di Russia yang terlibat dengan perlaksanaan aktiviti TRIZ untuk peningkatan pengetahuan dan amalan terbaik yang lebih komprehensif dan meluas.
Dilampirkan brosur program untuk rujukan dan maklumat tuan/puan. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Azrol Mohd Dali ([email protected]) atau En. Muhd Adha Abd Hamid ([email protected])
Sila klik Brosur dan Borang Penyertaan